About Entry Follow Dashboard

laman sosial yg serupa facebook
Thursday, February 17, 2011 • 7:26 PM • 4 comments


baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook iaitu salingsapa.com, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.com semalam.
Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan. Konsep salingsapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.
“Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.
“Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi,” kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.
Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai ‘mengklik’ komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti. Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com. Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak. Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.


 

Berikut merupakan ciri-ciri salingsapa.com yang didirikan oleh sorang remaja muslim ini.

1-Adanya menu Al Quran, hal ini memungkinkan bila disela-sela kita sedang On Line, kita boleh membaca Al Quran dengan tampilan
yangg menarik, serta juga boleh memeriksa, apakah bacaan Al Quran kita betul atau tidak.
2-SalingSapa.com memiliki server sendiri , sehingga pengguna boleh memiliki kontrol penuh dalam hal data-data, serta isi yg di upload. Fail-fail atau isi yg tidak sesuai dengan nilai nilaiIslam akan dihilangkan secara automatik.
3-Server berada di Jakarta, Indonesia dan tidak terletak di negara-negara barat bukan di luar negeri, sehingga boleh diakses dengan lebih cepat (untuk melihat /mengupload foto atau naskah ) . Cuma memang untuk Video, Saling Sapa masih masih menggunakan perkhidmatan Youtube
4-Usia kawan-kawan tidak terbatas, sekalipun baru berusia 6 tahun juga boleh mendaftar . Ini berbeza dengan Facebook yangg membataskan usia pendaftar.
5-Juga ada menu Game, akan tetapi Game yang ada di SalingSapa.com ini lebih disaring, dan akan dikembangkan Game-Game yang mengikuti lunas-lunas Islam.




OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo