About Entry Follow Dashboard

resepi : cream puffs
Wednesday, May 11, 2011 • 12:15 AM • 0 comments
assalamualaikum ..
harini dengan kerajinan yang terlebih aku buat cream puffs . act tak pernah buat lagi and nak try buat . tadi lepas solat isyak terus buat cream puffs and abah buat puding gula hangus . engatkan aku sorang je yg terlebih rajin but abah pun tetibe je nak masak . okey jum tgk resepinya .

choux pastry

bahan-bahan:

170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur

cara :
1)panaskan oven dengan suhu 180 celcius 5 minit
2)masukkan mentega dengan air then didihkan dalam periuk . lepas mentega tu dah cair masukkan tepung gandum dengan baking powder dan gaul sampai adunan licin dan tak melekat . Biarkan sekejap sampai adunan tu sejuk .
3)kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul sampai gebu *better guna mixer
 4)masukkan adunan tadi kedalam piping bag dan tekan untuk buat bulatan kecil
5)bakar dalam 20-25 minit

krim kastad :
3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepun kastad
225 ml susu sejat
225 ml air (didihkan bersama susu sejat )
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
2 sudu kecil esen vanilla

cara :
1)pukul telur ,gula , tepung dan tepung kastad dalam periuk .
2)lepas tu masukkan susu manis dengan susu cair dan didihkan dengan api kecil
3)kalau dah pekat masukkan mentega dengan vanilla
4)sejukkan sebelum digunakan
5)masukkan krim ni dalam pastry choux tadi *buat lubang kat bawah baru sng nak masukkan

nota penting : sapukan sedikit mentega kat dulang pembakar supaya tak melekat
                    :sapukan sedikit air dekat atas pastry choux sebelum bakar


sorry gamba tak berapa cantik sebab tangkap guna webcam . kamera belum amek lg so terpaksa lahh . try buat . mmg sedap !





OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo