About Entry Follow Dashboard

Resepi apam polkadot
Sunday, June 3, 2012 • 10:14 PM • 5 comments

Assalamualaikum!

Ehem ehem agak ke-batak-an sedikit lah en sebab apam ni gebu dan lembutss je.First try menjadi.ngehngeh.
Nah amek resepi ni pergi try so kita nanti sama-sama pandai xD K aku banyak ubah resepi ni.Derhaka dekat resepi heh

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum *aku guna tepung kek/superfine then kurangkan jadi 260
  • 220 gm gula halus * aku kurangkan jadi 200
  • 150gm susu segar * lebih kan sikit dalam 170
  • 3 sudu teh baking powder * kalau guna tepung selain tepung gandum guna 1tsp je
  • 1 sudu kecil ovallete *aku lebihkan jadi 2
  • Filling secukupnya (aku guna coklat)
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan  filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. Saya menggunakan warna pudar untuk apam ni, kalau nak lagi cantik boleh guna banyak warna dan warna yang lebih terang





OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo