About Entry Follow Dashboard

Resepi Homemade mini apple pie
Tuesday, September 18, 2012 • 6:42 PM • 0 comments
Assalamualaikum! :D

Taktahu kenapa mood asek nak memasak je.Lepas habis trial terus pulun masak itu ini.So haritu try buat apple pie.selalunya tak minat nak buat benda benda camni tp saja mencuba so jom tgk resepi!



1. 6 biji epal hijau, dikupas kulit
2. 200 g gula pasir
3. 50 g kismis
4. 20g tepung jagung.Bancuh dengan air

  • UNTUK DOH PIE :-
1. 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh.)

    2. 200g mentega
    3. 2 biji telur.dikacau sikit
    4. 250g gula halus
Cara-cara :

  1.  Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
  2.  Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
  3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  4.  Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
  5. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
  6.  Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Selamat mencuba!


OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo