I leave him for the sake of Allah.
Tuesday, November 20, 2012 • 3:12 AM • 2 comments
Assalamualaikum :)
Ehem ehem nak dengar satu cerita hamba Allah ni tak?Meh lah sini dengar.Haip jangan nak lari.Dok sini diam diam dan baca!muahahaha :p Okay okay.semua mesti pernah rasa kan perasaan disukai dan menyukai.Itu fitrah.Tak salah semua tu tapi bergantung macam mana kita kawal perasaan tu.Okay jom baca sat kisah dia.True story.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum.Aku adalah si pendosa.Yaa hidup aku penuh dengan dosa.Yang paling teruk dosa bercinta dengan manusia.Allah..............
Aku ; Weh aku rasa nak tinggalkan dia lah.Dosa kan semua ni.Lagipun aku muda lagi.
Kawan ; Aku setuju.Kau tinggalkan je dia.Balik ni kau kene jugak putuskan hubungan korang *kami tak couple*
Aku ; In shaa Allah.Thanks support aku.
Dan lepas balik dari sekolah mmg aku terus off handphone.Aku kuatkan hati nak tinggalkan dia tapi yeah aku pun manusia biasa.Tak kuat nak lalui semua ni sebab bayangkan orang yang prinsip dia 'aku takkan suka sesiapa' tetiba fall in love with someone.Hanya bertahan 3 hari je,itupun menangis bagai nak rak.Allah....sungguh hina diri aku.Aku pandai menegur kesalahan orang tapi kesalahan aku dipandang remeh seolah-olah apa yang aku buat ni bukan dosa.
Hubungan kami berterusan dan berterusan sehinggalah ada sesuatu yang membuat aku rasa aku patut berubah.Ya berubah.Takkan aku nak terus hidup dengan bergelumang dengan dosa.Bergayut tak ingat dunia,bermanja-manja dan macam-macam lagi.Jujur aku cakap dia mmg lelaki yang baik tetapi ingat sayang sekalian,lelaki yang benar-benar baik tak akan mengheret awak ke neraka.
Awak,sungguh ujian meninggalkan orang yang kita sayang sangat berat sbb hidup kita dah terbiasa dengan ada dia disisi tapi ingat kalau kita bergantung harap hanya pada Allah,In Shaa Allah semuanya akan jadi senang.
Kalau dia ikhlas dengan awak semua,dia akan terus berjumpa dengan ayah awak.Percayalah cinta manusia hanya wujud selepas bernikah.Awak,mohon jangan jadi macam saya :( Berhentilah melakukan dosa dengan orang yang bukan muhrim kita.Awak faham kan dosa yang macam mana?
Tinggalkan dia dan Allah akan hantar orang yang lebih layak untuk awak.Letakkan cinta Allah dan Rasul dulu di dalam hati tapi ingat bila kita dah tinggalkan dia,itu bukan tiket untuk kita 'mesra' dengan ramai lelaki.Kuatkan hati,teguhkan iman.Bila rasa hati tak kuat dengan semua ni,pandang langit dan senyum.Kata dalam hati,sungguh banyak nikmat yang Allah bagi terhadapku,takkan kerana ujian kecil ini aku mengeluh? :)
Sayang,sungguh pengorbananmu ini bukan sia-sia!Akan ada sesuatu yang indah untukmu bila tiba masanya.Senyum dan yakin! ;)
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?Aduhai pria.Adakah kau yang tercipta untukku?Jawab pertanyaanku ini.Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapanKerna jawapannya bukan di tanganmuTetapi di tanganNya.Di tangan Tuhan kita; Allah,Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku.Aduhai pria,Maafkan aku.Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku pabila waktunya tiba,Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,Akan kucipta cinta bersama Dia,Sebelum kucipta cinta antara kita.
Jadilah dirimu kumbang yang hebat,Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar.
p/s : cerita bedasarkan pegalaman seorang hamba Allah yang tak ingin dikenali.Ambil moral dia okay sayang sekalian? :)