Anda yakin anda ahli syurga?
Saturday, December 29, 2012 • 6:43 AM •
0 comments
Assalamualaikum.
Maaf kalau entry kali ini ada yang ter sentap tapi aku lihat ada satu masalah yang besar dengan keadaan ummah.Masalah besar.Adakah kita yakin kita ini ahli syurga kerana bertudung labuh atau berkopiah?Meh saya bagi tiga situasi masalah ummah sekarang.
' Hamboii tudung tu tak boleh nak singkat lagi ke.Kau nak tayang apa?Pakailah tudung labuh macam aku ni lagi bagus '
' Eeee pakai baju ketat-ketat.Tak malu ke?Tak reti nak tutup aurat ke makcik? '
' Ko tengok dia tu,tak malu nya gedik sana sini '
Awak,saya tahu awak lebih baik dari dia.Awak tutup aurat dengan sempurna tapi cara awak berdakwah itu salah.Apa hak awak nak menghina seseorang?Awak yakin sangat ke awak tu ahli syurga?Mohon jaga bahasa awak.Disebabkan manusia berperangai macam ni lah ramai yang pandang serong dengan Islam,ramai yang tidak mahu berubah dan sebagainya.
Kita pergi mana-mana membawa imej 'Islam' jadi mohon jaga mulut,jaga bahasa,jaga adab,jaga hubungan dengan orang lain.Macam mana awak nak tarik hati manusia dengan Islam kalau kata-kata awak itu mengguris hati dia?
Jangan anggap diri kita ni lebih baik dari mereka.Jangan anggap diri kita ni dah sempurna.Jangan anggap diri kita ni dah layak untuk syurga.Jangan jangan jangan.Belajarlah untuk berbaik sangka dengan manusia.Belajarlah untuk menghormati hati manusia.Jaga hati manusia dan manusia akan jaga hati kita juga.Pesanan untuk diri ini juga.
Bila melihat ada manusia yang masih 'tercari-cari' cahaya illahi mohon jangan berburuk sangka dengan dia.Pejam mata dan cakap dengan diri 'Mungkin dia lebih bagus dari aku.Aku tidak layak berburuk sangka denganya.Semoga Allah memberi hidayah kepada mu' Perbanyakkan istighfar.Jangan riak jangan riak jangan riak.Kita ni semua hamba yang hina.Jangan jadikan ayat 'aku tak sempurna' sebagai tiket untuk tidak berubah.
Kita sama-sama ubah diri,ubah persepsi.Jangan senang-senang 'judge' manusia.Rendahkan hati kerana kita ini semua si pendosa.Tak layak untuk menghina manusia.Bangun sayang,bangkit dari tempatmu.Ayuh kita ubah diri ini kejalan illahi.Mari sama-sama mencari redha illahi!
Allah berfirman : Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka. [ 13:11 ]
OLDER POST • NEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif
Mendoakan yang terbaik,sentiasa.
Shout!
Nice to know you!
Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo
|

PAST • FUTURE