About Entry Follow Dashboard

Buat insan yang tersayang.
Thursday, December 6, 2012 • 9:41 PM • 0 comments
Assalamualaikum.



Aku adalah aku yang tidak akan pernah berubah menjadi manusia lain.Seorang yang gelabah,seorang yang pemarah,seorang yang berjiwa lembut,seorang yang tidak pandai sorok perasaan,seorang yang kuat menangis,seorang yang kasar dan banyak lagi kekurangan.Tapi disebalik kekurangan itu aku juga ada keinginan untuk berubah.Ya berubah ke arah yang lebih ohsem mungkin?

Buat insan yang terchenta,mini bukan anak yang baik malah jauh sekali untuk menjadi yang terbaik.Maaf jika mini bukan seperti anak yang abah umi inginkan tetapi mini adalah anak yang akan sentiasa berdoa untuk kebahagiaan kalian.

Aku bukan anak yang pandai menunjukkan kasih sayang nya terhadap insan yang disayangi tapi itu tak bermaksud aku tidak menyanyangi kalian.Sungguh demi Allah,aku sangat menyayangi kalian dan maaf sekali lagi jika aku tidak mampu menjadi anak yang kalian inginkan.

Aku bersikap begini bukan kerana aku terasa dengan kalian.Sungguh siapa aku untuk terasa dengan kalian.Cuma aku takut jika aku tidak mampu menjadi anak yang mampu membawa abah dan umi terchenta ke syurga.Aku takut jika aku penyebab utama perjalanan abah umi ke syurga tergantung.Aku takut jika kata-kata ku akan membuatkan abah umi sedih kerana terkadang aku juga mempunyai khilaf.

Sungguh ampunkan anakmu ini jika aku tidak mampu membahagiakan kalian.Ampunkan anakmu ini jika kata-kataku mengguris hati kalian.Sungguh aku amat menyayangi kalian kerana Allah.Maaf sekali lagi jika aku tidak mampu menjadi anak seperti yang kalian inginkan tetapi aku akan berusaha untuk menjadi anak yang solehah kerana apabila seorang anak adam mati maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara dan salah satunya ialah anak soleh yang berdoa untuknya.

Dan aku harap jika aku pergi dahulu sebelum kalian mohon halalkan makan minum ku dan meredhai segala apa yang diberikan kepadaku sepanjang kehidupanku.Di saat itu,abah yang akan mengimamkan jenazahku dan aku mohon pada waktu itu kalian akan berbangga kerana mempunyai anak sepertiku dan aku adalah anak yang sentiasa menyenangkan hati kalian.

                                                     

                                                           



OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo