About Entry Follow Dashboard

Durian Crepe Montel.
Saturday, December 1, 2012 • 11:13 PM • 0 comments
Assalamualaikum!

Haritu terbaca blog Cik Epal pasal Durian Crepe then blog masakan yang selalu aku tengok pun dah buat.Jelessss okay.Nak buat jugak tapi diri ni tak makan durian -.- Oh then nekad jugak nak buat walaupun tak makan durian.Ahaks.so semalam my Durian Crepe sangat ohsem! :p

Serius rasa dia sedap sebab aku try makan sikit pastu suruh adik yang habiskan hehe.Siapa peminat tegar durian,anda patut cuba buat!Sedap weh sedap.Meh usha resepi sat.

Bahan-bahan dia simple sangattt!

250gram tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 kecil garam
sedikit esen vanilla
pewarna ikut suka hati engko

Untuk filling :
Satu cawan whipping cream (sedap sangat kalau buat air shake.kbai.haha)
Isi durian.Amek dan lenyekkan.Jangan dok lenyek dengan biji,memang lah sampai tahun depan pun tak terlenyek


Cara-cara dia senang je.Kalau bagi orang yang pemalas macam aku ni,campurkan semua bahan-bahan dan blend kan sampai sebati.Lepas tu engko tapis lah tapi kalau malas takpayah tapis pun takpe.

Ambek non-stick pan then letak SIKIT je minyak nya.Lepastu masak je macam lempeng tapi make sure nipis tau tp jgnlah bendul sangat pergi buat nipis sampai takde rupa.Haa make sure kan juga api bukak yang paling kecik sekali.


Masak yang bahagian bawah je okay.Bila bahagian atas macam dan boleh dah angkat.Biarkan dia sejuk dulu sebelum letak filling.

Whipping tu pukul sampai kental.Kalau nak tahu dah kental ke belum terbalikkan whipping cream tu letak atas kepala.Kalau tak terjatuh maknanya dah kental.


Lepas dah siap semua.now turn untuk melipat!Yang bahagian bawah kita masak tu lah tempat letak filling tau.Nnt bahagian luar cantik je berkilat.Letak whipping cream dulu then leatasnya letak isi durian dan lipat macam bentuk empat segi.

Dan hasilyan!Jeng jeng jeng......





Terserlah kemontelan durian crepe aku ni.Kahkah.Alhamdulillah,first try dan menjadi lah jugak walaupun ghupe dia agak buruk.Nanti try lah buat!Adios~





OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo