About Entry Follow Dashboard

Untuk awak :)
Friday, January 25, 2013 • 7:05 PM • 0 comments
Diumpat = diam.
Dihina = diam.
Diherdik = diam.
Difitnah = diam.

Jika ingin dibandingkan ujian kita ini tidak setanding dengan ujian Nabi Muhammad saw bersama para sahabatnya dalam menyebarkan islam.Sebahagian daripada mereka diseksa,dianiyai,disingkirkan dan dipulaukan.

Sahabat,memang di dalam proses 'berubah' ini kita akan diuji.Makin berat ujian itu,makin kuatlah iman kita.Allah bukan benci kita tapi dia sayang dan sebab itu dia uji kita untuk tengok tahap keimanan kita padaNya.

Sudah,kesat air mata itu dan senyum.Pandang langit dan letakkan tangan di hati.Yakin dengan janji Allah.Jangan putus asa dengan ujianNya.Jika terasa ingin rebah kebumi tatkala hati sudah terlalu rapuh,bacalah surat cinta daripadaNya iaitu surah ke 94 ayat 5-8.

Istiqomah lah dalam perubahanmu itu.Istiqomah itu ibarat kita di satu jalan yang berliku dan penuh dengan duri.Hamba yang kuat dan meletakkan kebergantungan hanya pada Allah akan sampai ke penghujung jalan iaitu syurgaNya seperti mana yang dijanjikan hanya untuk hambaNya yang beriman.Manakala hamba yang lemah dan tidak meletakkan kebergantungan hanya pada Allah akan berpatah balik dan kembali ke dunia jahilliahnya.

Bangunlah wahai anak bangsa,kita bina kekuatan jiwa dan tempuh rintangan perjuangan.Ayuh bangkit bersama-sama menjadi generasi pemimpin berlandaskan Al quran dan As sunnah dan bersama-sama menyebarkan islam di serata dunia kerana mardhotillah!





OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo