About Entry Follow Dashboard

Resepi Homemade scones dan Butterscotch.
Wednesday, February 13, 2013 • 6:30 PM • 0 comments
Assalamualaikum! :)

Ehem ehem ya seperti biasa tuan punya blog nggak bisa diam diri di rumah.Mencuba resepi baru adalah satu kemestian.kehkeh

Since last year nak buat scones ni tapi asek tertangguh je so hari ini rajin kan diri jugak buat mende alah ni.Mengindam lah kata kan.Eh?Over kau nyah.



Sila terliur.Cepat cepat! :p


Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
25 gram gula
70 gm butter tanpa garam ye-beku
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
100ml susu - whipping cream/dutch lady/apa2 je

Cara memasak ;

1.Panas kan oven pada suhu 180c selama 5 minit je. (ikut oven masing2)

2. Ayak tepung gandum,baking powder,gula dan garam.

3.Masukkan butter sejuk tadi tu and ramas-ramas guna hujung jari sampai jadi macam serbuk roti tau. (butter potong jadi kiub dulu)

4.Dalam bekas lain satukan susu,telur dan esen vanilla.Kacau sampai sebati.

5.Satukan adunan telur dan tepung menggunakan senduk.Kalau melekit masukkan sedikit tepung lagi.Jangan uli terlalu lama.Bila dah padat,simpan doh dalam peti 20 minit.

6.Keluarkan doh dan buat bentuk ikut suka korang ah nak macam mana.Then susun atas tray yang dah disapu dgn sedikit butter.

7.Sapu sedikit telur atau susu kat atas scones tadi untuk bagi warna keperangan bila dah masak nanti.

8.Masak antara 15-20 minit dgn suhu 180c tau.



Korang boleh makan dengan filling blueberry/strawberry/chocolate atau apa-apa je tapi aku guna butterscotch.Sedapppppp jugak!

Bahan-bahan :
1 cawan gula
6 sudu butter
1/2 cawan whipping cream

cara-cara ;

1.Masak gula hingga keperangan.
2.Kemudian masukkan butter dan kacau sampai sebati.Guna api kecil je.
3.Matikan api sekejap dan masukkan whipping cream.Kacau sampai sebati dan masak balik atas api dalam 2 min cemtu k.



Selamat mencuba! ;)




OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo