About Entry Follow Dashboard

Cintamu pada siapa?
Sunday, April 14, 2013 • 3:38 PM • 0 comments

Abu Bakar Al-Kattani berkata; Suatu ketika, para Syeikh di Makkah berbicara tentang masalah Mahabbatullah (cinta pada Allah). Semua ulama mengambil bahagian dalam perbicaraan tentang itu. Di kalangan semua yang hadir, Al-Junaid adalah yang termuda di antara mereka. Mereka pun berkata;


هات ماعندك ياعراقي
''Utarakanlah pendapatmu wahai pemuda Iraq''.

Al-Junaid menundukkan kepalanya dan air mata mengalir daripada kedua matanya. Lantas ia berkata;


{Kecintaan pada Allah itu terwujud pada..}

عبد ذاهب عن نفسه
Seorang hamba yang meninggalkan hawa nafsunya.

متصل بذكر ربه
Sentiasa terikat dan berhubung hatinya dengan mengingati Tuhannya.

ثم قائم بأداء حقوقه
Kemudian ia menunaikan hak-hak Tuhannya.

ناظر إليه بقلبه
Ia memandang Allah dengan hatinya.

أحرقت قلبه أنوار هيبته
Terbakar hatinya dengan cahaya kehebatan-Nya.

وصفا شربه من كاس وده
Dan suci bersih minumnya daripada gelas cinta-Nya.

فان تكلم فبالله
Apabila berbicara ia berbicara dengan Allah.

وان نطق فعن الله
Apabila berdiskusi ia berdiskusi tentang Allah.

وان تحرك فبأمر الله
Apabila ia bergerak, ia bergerak kerana perintah Allah.

وان سكت فمع الله
Tatkala ia diam, maka ia diam bersama Allah.

فهو بالله ولله ومع الله
Maka, dia sentiasa dengan Allah, (melakukan segalanya) untuk Allah, dan bersama Allah.


----


               فبكى الشيوخ وقالوا ماعلى هذا مزيد جزاك الله خير ياتاج العارفين
Maka menangislah para Syeikh dan mereka berkata "Tiada yang lebih benar daripada katamu, semoga Allah mengganjarimu dengan kebaikan wahai mahkota (penghulu) orang-orang yang bijaksana"




---
Maka, siapa Allah dihati kita? Adakah semua yang kita lakukan kita ingat pada-Nya? Pernahkah kita mencintai Allah sebagaimana cinta-Nya kepada kita? Allahu. Sangat berbeda. Cinta kita masih belum sempurna, maka, ayuh kita sama-sama meningkatkan kesempurnaan cinta kita dan ketaqwaan kita kepada-Nya. Kerna Dia sentiasa menunggu kita, sentiasa menanti hamba-Nya untuk kembali mencintainya lebih daripada apa-apa pun. Kerna halawatul Iman, itu perlu dilakukan dengan kesungguhan yang hebat, mahu jadi orang yang hebat? Ayuh!


OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo