About Entry Follow Dashboard

Memberi vs Menerima.
Sunday, May 26, 2013 • 11:02 AM • 0 comments
' Eleh kau tak pernah bagi aku apa-apa pun so aku pun tak payah lah bagi apa-apa kan '
'Aku tak akan maafkan kau.Sampai mati aku ingat kesalahan kau '
' Tak payahlah buat baik dengan dia.Kau kene ajar dia sikit biar dia sedar dia siapa '

Pernah dengar ayat di atas ni?Inilah punca  ramai yang tidak bahagia.Ramai yang hatinya kosong,selalu tertekan sebab tidak disayangi atau diendahkan.Mereka lupa yang sebenarnya mereka sendiri menjadi punca utama dalam hati tidak 'bahagia' ini.

Jangan tunggu penghargaan daripada manusia baru kita memberi penghargaan kepada mereka.Berilah kegembiraan kepada orang lain dengan memberi dan secara automatiknya kita pun akan bahagia.
Memberi bukan hanya dengan bagi barang kepada manusia tapi hanya dengan memberi senyuman atau doa pun boleh buat manusia bahagia :)

Contohnya kita bagi hadiah hari lahir dekat kawan,mestilah dia seronok kan?Secara automatik kita lagi seronok sebab melihat dia suka hadiah tu atau kita berkongsi makanan dengan kawan,tengok dorang makan dengan senyuman pun dah buat hati kita bahagia.Haa dengan hanya memberi senyuman bila berjumpa pun boleh bahagia tau!

Memaafkan orang lain umpama kita memaafkan diri kita.Kalau kita boleh memaafkan kesalahan diri,kenapa susah nak maafkan kesalahan orang lain?Kita kata biasalah aku ni manusia biasa,banyak khilaf tetapi mereka juga manusia bukan?

Orang yang tidak memaafkan akan sentiasa dibayangi oleh orang yang tidak dimaafkan.Serius!Maafkanlah kesalahan manusia nescaya hati kita akan terlepas dari ikatan kemarahan yang membelengu diri :)

Dengan lebih banyak memberi daripada menerima sebenarnya kita tidak kurang apa-apa pun malah ia akan menjadi saham kita kat akhirat nanti tau!Jangan mengharapkan balasan dari manusia tapi megharaplah redha Allah.Allah cinta pada orang yang pemurah!

'Maka sesiapa yang membuat kebajikan sebesar zarah nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalanya).Dan sesiapa yang membuat kejahatan sebesar zarah nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalanya) - 99:7-8'



OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo