About Entry Follow Dashboard

Sayang sampai syurga.
Sunday, May 19, 2013 • 4:39 PM • 0 comments
Setiap insan mesti ada lumrah ingin bersahabatkan?Setiap insan mesti ada rasa ingin mengasihi dan dikasihi oleh sahabat kan?Tapi................................check balik.Adakah ukhuwah kita disandarkan pada Allah atau sekadar sahabat untuk dunia dan mengikut nafsu sahaja?

Kita berjanji akan bersama-sama berlari dengan riang nya ke syurga.Kita berjanji akan bersama-sama membantu dalam perubahan ini kan kan?

Tetapi jika persahabatan ini kerna Allah.......
Kenapa perlu ada istilah 'kau perlu faham aku 100%'
Kenapa perlu ada istilah 'cemburu'
Kenapa perlu ada istilah 'salah kau.engkaulah minta maaf'
Kenapa perlu ada istilah 'ego,taknak mengalah'
Kenapa perlu ada istilah 'dendam'
Kenapa perlu ada istilah 'buruk sangka'

Maaf andai aku hanya mampu tunduk menyepi,
Maaf andai tutur kataku menambah duri,
Maaf jika aku bukan sahabat yang kau cari,
Maaf jika aku terlalu mengejar sahabat ke syurga,maaf.

Kadangkala Allah titipkan ujian dalam persahabatan untuk menguji kemanisan ukhuwah.Untuk menguji ukhuwah itu disandarkan kepada siapa.Perasaan sayang pada sahabat adalah kurniaNya.Jadi mengapa putus asa dalam bersahabat jika engkau tahu ujian itulah yang akan mengeratkan lagi tali ukhuwah kita?

Kasih sayang itu tidak perlu ditunjuk dengan harta dunia tapi cukuplah dengan mendoakanmu di setiap sujudku :') 





OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo