About Entry Follow Dashboard

Alhamdulillah Ya Allah :')
Thursday, June 6, 2013 • 6:20 PM • 0 comments

Assalamualaikum.

Allah Allah.....SubhanaAllah,Alhamdulillah,Allahuakbar!

Alhamdulillah baru balik dari kem dengan selamat.Satu pengalaman yang sangat sangat sangat dahsyat mungkin?Allahu terlalu banyak pengajaran.

First sampai sana memang dah set dalam mind yang budak-budak datang sini semuanya molek molek.Hari first program je terasa nak sangat balik,macam-macam perasaan bercampur baur.Taktahu nak cakap macam mana.

YaAllah,masa dekat sana terasa bersyukur sangat umi abah masukkan sekolah agama.Serius.Kenapa?sebabnya masa kat sana macam-macam perkara yang mengajar diri ini.Kat sana bila ditanya siapa yang tidak solat?Ramai.Belum masuk lagi bab pergaulan,aurat dan lain-lain.

Bukan salah mereka taktahu semua tu,mungkin mereka tak didedahkan dengan ilmu agama.Takpe takpe,kita belajar ikut perintah Allah slow slow ye adik adik yang akak sayang? :) Bila jadi imamah untuk mereka,memang terasa bersyukur sangat didedahkan dengan pentingnya ilmu agama sejak kecil.Kesian mereka,masih tercari-cari lagi titik permulaan perubahan.Semoga Allah permudahkan perjalanan kalian.

Kat sana ada je yang umur dah tingkatan lima tapi tak solat.Walaupun dia tak solat tapi dia jujur untuk mengaku.Dia berani bertanya untuk belajar.YaAllah,bagusnyaaaa mereka ini.Kita ni yang sudah didedahkan dengan ilmu agama tetapi langsung tak amalkan dalam hidup.Masih lagi tak tutup aurat,masih lagi tinggal solat,masih lagi tak jaga pergaulan dengan lelaki/perempuan.Tak malu ke?

Ada satu faci namanya Muallim,dia cakap dia start belajar AQ waktu umur 18 tahun kot tetapi sekarang masyaAllah dia sangat hebat orangnya.See?Adik adik walaupun kisah silam kita buruk,ia tak pernah menghalang kita untuk jadi yang lebih baik.Ada akak faci yang dulunya free hair tetapi sekarang subhanallah sangat cantik dengan bertudung labuh.Ingat!Kisah silam akan tetap menjadi kisah silam.Tinggalkanya,lakukanlah perubahan kerana Allah :)

Akak-akak dan abang-abang faci,saya rindu kalian :') Saya rindu kata-kata semangat kalian.Saya rindu dengan ukhuwah kita semua.Saya rindu nak ditampar berkali-kali dengan kata-kata kalian.

Tanya dalam diri kalian semua berapa peratus kalian kenal dengan Nabi Muhammad s.a.w?Tepuk dada tanya diri.Kita mengaku kita sayang nabi bukan?Tapi sayang hanya sekadar dimulut sahaja kan?Mana bukti kalian sayang Nabi?Mana?Dengan amalkan sunnahnya?Jarang sekali.Dengan selawat ke atasnya?Jarang sekali.Yuk sama sama belajar semula tentang Nabi Muhammad s.a.w!Pesanan untuk diri juga.  <---- Salah satu ayat sentapan dari abg muallim :(

YaAllah,rindu nak dipeluk dengan akak-akak faci,walaupun kenal sekejap je tapi terasa macam bertahun.Allah Allah Allah,kau rahmatilah akak-akak yang ku sayang...

Jika kita tidak ubah diri,dunia akan mengubah kita





OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo