About Entry Follow Dashboard

Sakit itu tanda cintaNya.
Wednesday, June 26, 2013 • 12:56 PM • 0 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah sekarang kesihatan makin okay.Again,Alhamdulillah Ya Allah.Tahun ni banyak kali tak sihat.Mula-mula tu memang merungut,menangis.Tak tahan.Sumpah tak tahan.Sampai terfikir....

' Kenapa aku yang Allah pilih untuk menahan peritnya sakit ni? '
' Kawan-kawan lain seronok belajar.Kalau aku gagal nanti macam mana? '
' Bila sakit ni nak berhenti? '

Yaa,sejujurnya aku merungut itu ini.Allahu terlalu banyak dosa.Padahal Allah baru tarik sikit nikmat sihat tapi merungut macam bertahun sakitnya.Yaa,kita manusia,selalu lupa.Lupa untuk bersyukur dengan nikmatNya.Bila dah sakit,susah baru terhegeh-hegeh cari Tuhan kan?Takpe,itu lebih baik daripada melupakan Tuhan terus kan.

Bila muhasabah diri balik,terasa bersyukur sangat sakit.Sebab terasa seolah Allah cinta dan sayang sangat dengan kita.Dia timpakan ujian bertubi-tubi pada diri ini untuk mengajar diri menjadi kuat.Pejuang islam kene kuat,tak boleh lemah!Allahu terasa beruntung sangat.

Nak masuk syurga mana boleh berjalan dengan lenggang.Pasti akan ada ujian yang menguji diri sama ada kita layak atau tidak untuk syurgaNya.Syurga itu mahal,hanya untuk orang yang beriman.Bukan orang yang cepat rebah bila diuji.Jadi tanya pada diri,layakkah aku untuk syurgaMu?Padahal diuji sikit je terus merungut,mengalah.Allah Allah.Pesanan buat diri ini juga.

Bila ada yang diuji,fikir je yang Allah nak lihat kita di syurga sebab tu banyak ujian kita perlu harungi.Tabahkan diri dan tetaplah tersenyum dengan hati yang ikhlas :) 

Bukan perjuangan namanya kalau tidak merasa sakit demi islam.Ayuh bangun dan kuatkan semangat demi islam.Kalau bukan kita yang nak menaikkan islam,siapa lagi?Tepuk dada,tanya diri.
Wallahu a'lam.

khadimulquran:

Mereka yang tinggi darjat di sisi Allah.

P/s : Moga kita semua bertemu di syurga :')


OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo