About Entry Follow Dashboard

Sekeping hati diuji.
Thursday, June 13, 2013 • 9:53 PM • 0 comments
Assalamualaikum.


Jika tidak punya iman,
Mahu sahaja aku menangis menyalahkan takdir,
Mahu sahaja aku membunuh manusia,
Mahu sahaja aku membunuh diri.

Tapi.........
Masih ada yang menyayangi diri ini,
Masih ada yang sentiasa mengingatkan diri ini,
Bahawa ujian itu bukan bebanan
tapi ujian tanda sayang.

Sekeping hati yang lemah ini diuji lagi,
Mungkin diri ini bertudung labuh mengikut acuan islam,
Mungkin diri ini berstokin dari terkena panasnya api neraka,
Mungkin dan mungkin diri ini berusaha mengikut perintahNya.

Tapi.........
Diri ini juga manusia.
Tidak maksum malah mustahil untuk maksum.
Jangan memandang aku seolah-olah aku kebal dengan ujian,
Jangan memandang aku seolah-olah aku tidak akan rebah dengan ujian.
Jangan.

Aku menjauh untuk menjaga hati,
Dari tercemar dengan bisikan itu ini,
Dari digodai dengan cinta duniawi,

Mohon bantu aku.
Bantu aku menjaga hati.
Bantu aku menjaga pandangan.
Bagaimana?
Dengan menjauhkan dirimu.




OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo