About Entry Follow Dashboard

Tutuplah aib orang...
Friday, July 26, 2013 • 7:16 PM • 0 comments
Assalamualaikum...

Jom muhasabah diri sebentar. Saya juga tanpa sedar melakukan kesilapan. Kekadang bila hati terasa sakit dan geram mulalah ringan sahaja jari menulis dan mulut ini mengata, mengumpat dan sebagainya. Astaghfirullahalazim..maafkan hambamu ini Ya Allah.

Kita sememangnya tak pernah terlepas daripada perkara ini bukan. Malu sungguh rasa diri. Kalau di hitung dosa kita, adakah ianya dapat ditutupi dengan amalan kita yang sedikit itu? Dosa kita pun tak terhitung, jadi tak usah lah kita buka aib orang lain.

Tutuplah Aib Orang, Allah Tutup Aib Kita
Kalau kita tutup aib orang lain, jangan risau Allah akan tutup serapat-rapatnya aib kita, di dunia mahupun di akhirat. Kalau kita buka aib orang lain, jangan risau juga, Allah akan bukakan seluas-luasnya aib mu di akhirat.

Umpama wayang pacak, ditayangkan di padang awam untuk tonton umum. Semua orang nampak. Bayangkan kalau semua orang tahu keburukan kita. Ya Allah, malunya. Kenapa..aib orang, kita buka. Aib kita, kita tutup? sebab kita malukan. Jadi kenapa perlu, kita buka aib orang, orang yang di aibkan itu tak ada rasa malu dan sedih ke? Kalau kita di aibkan? Kita suka?

Tutuplah Aib Orang, Allah Tutup Aib Kita

Allah..Maafkanlah Hambamu ini.


Apabila kita melihat keburukan orang lain, lihatlah dulu keburukan kita. Senaraikan satu persatu kejelikkan diri kita. Sungguh kita tak kan mampu menghitungnya, tidak tahu sama ada ianya terlalu sedikit atau terlalu banyak untuk dihitung. Syurga dan neraka adalah HAK ALLAH. Dia yang lebih layak menilai hambanya.

Sekali pun dia buat salah, tegurlah dia dengan cara yang tersembunyi (private) tanpa membuka aibnya pada orang lain. Aib ini adalah dengan menyebut nama dan keburukannya kepada orang lain.
Sungguh banyak dosaku perbuat, tidak layak ku untuk ke syurgaMu, Ya Allah..tapi takut pula aku untuk ke nerakaMu. Ya Allah, ampunilah dosaku dan saudara-saudaraku dan tutuplah aib-aibku.

Source ;Az 


OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo