About Entry Follow Dashboard

Bukan senang semua ini.
Saturday, August 10, 2013 • 4:39 AM • 0 comments
Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum :)

Post ni dibuat untuk saya dan juga awak awak awak yang sedang membaca.Hanya nak kongsi pengalaman buat awak awak awak yang ingin berhijrah.


Ni status masa form 3.Sejujurnya masa tu nak sangat berubah to be someone yang berkelakuan seperti orang 'islam'.I mean pakai stokin,jaga pergaulan and so on.Masa form 1 terdetik nak pakai tudung labuh and cakap kat umi.Umi kata 'tudung labuh fini time kat asrama umi ada gantung tu.pergilah tengok' and i was like yaAllah.Perasaan bercampur baur bila pakai tudung labuh tu.

Act since darjah 6 umi dah ajar pakai tudung labuh tapi diri ni degil sangat taknak pakai.Hanya pakai bila kene paksa je.Itu pun pakai dengan muka yang tak rela.kehkeh.Alhamdulillah since tetibe rasa nak pakai tudung labuh tu sampai sekarang dapat kekalkan.Alhamdulillah.

Tapi masa tu kan masih tak berapa nak kuat berhijrah so bila keluar dengan kawan lain,dengan family lain.Sangat lain.Contoh bila keluar dengan kawan tudung hanya ikut syarat je,tutup dada.Rasa takut kalau kene ejek dengan kawan sebab pakai tudung labuh,stokin,baju besar.

Alhamdulillah masa form 3 dah ada kekuatan sikit tapi mungkin perubahan tu tak terlalu ketara dan alhamdulillah masa form 4 Allah bagi kekuatan dengan hadirkan kawan-kawan yang sangat membantu.Sebab tu penting bila nak berubah ni kene cari kawan-kawan yang boleh bantu kita dekat dengan Allah.Tolong doakan saya istiqomah dijalan Allah ini.Syukran <3

Dan saat kita kembali kepada fitrah asal mesti kita akan diuji dengan macam-macam dugaan dan salah satunya ujian hati iaitu diuji dengan perasaan terhadap kaum adam.Awak awak awak,nak tahu tak Allah hadirkan seorang lelaki dalam kehidupan kita disaat kita ingin berhijrah sebab dia nak tengok kita berubah ni kerana siapa?Jatuh bangun kita kerana siapa?Tidak dinamakan cinta kalau membuat diri dan pasangan menuju ke neraka.Tak ada couple islamik dalam hidup ni.Tak ada.

Cinta yang patut kita kejar dulu cinta Allah,cinta yang kekal abadi.Jangan risau,Allah akan hadirkan seseorang yang layak untuk awak bila tiba masanya :) Solehah kan diri kita dahulu okay?
Jangan rebah,jangan lemah bila diuji okay?Bertahajudlah kerana tahajud itu sumber kekuatan jiwa apabila diuji :)

'Kau cakap senang ah,ingat senang ke nak berubah dengan kawan-kawan yang ntah pape.Kau takde kat tempat aku,kau tak rasa bertapa susahnya nak berubah'

Memang saya mungkin tak faham apa ujian awak tapi awak lupa ke yang Allah itu dekat dengan hamba-hambanya?Ingat nak masuk syurga tu senang ke?Sebab itulah syurga itu hanya untuk orang yang beriman.Untuk orang yang bila diuji tidak mengeluh sebab dia yakin ujian itu ujian untuk dia masuk ke syurgaNya.

Awak awak awak yang ingin berubah,teruskan :) Jangan tinggalkan solat fardhu,perbaiki pakaian kita.Labuhkan tudung kita,jangan risau bila orang kata kita macam mak mak pakai tudung besar,baju besar,jangan risau okay?Biar buruk dimata manusia tetapi indah dimata Allah :D

Letakkan kebergantungan kita pada Allah.Jangan biarkan diri kita jauh dari Allah nanti hati cepat rasa kosong.Kita semua ini permata Allah,jangan karatkan diri kita dengan dunia jahilliah.Jom sama-sama perbaiki diri ye?Jomlah jomlah :D 

Biar manusia nak cakap macam-macam,dorang tu hamba macam kita jugak.Pandangan dan redha Allah yang kita kene utamakan kan tau.Mari sama-sama solehahkan diri dan jadi hamba Dia yang hebat jiwanya! ;) 

p/s ; Jangan ingat orang yang dah berhijrah itu takkan buat kesalahan.Mereka juga manusia dan sifatnya mudah lupa.Tugas kita adalah untuk menegur dengan lembut bukanya terus cakap macam-macam.Ingat,kalau anda tak suka orang tegur anda dengan kasar,anda juga jangan tegur manusia lain dengan kasar #PeringatanUntukDiri


Kalau nak kongsi apa-apa,boleh click link ni. *bajet femes* :p




OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo