About Entry Follow Dashboard

Resepi Molten Lava Chocolate Cake
Saturday, September 28, 2013 • 11:26 PM • 0 comments

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Alhamdulillah menjadi!ahaks.Time tunggu cake ni masak punyalah dok tunggu depan oven sambil merayu-rayu supaya menjadi. ' Tolong jadi eh.sedap sedap tau.nak bagi umi makan ni ' haha takut bebenor tak jadi.Okay meh tengok resepi.Senang gila ok.

Bahan-bahan :

1 cawan dark chocolate
6 susu besar mentega
2 biji telur
3 sudu besar gula harus
3 sudu besar tepung
1 sudu besar serbuk koko
secubit garam

Cara-cara :

1.Panaskan oven 160 celcius (ikut oven masing-masing jugak tau)
2.Cairkan coklat dan mentega guna oven dalam 50saat/1min.Then campur dengan serbuk koko.Gaul sebati.
3.Pukul telur dengan gula selama 3minit.Campurkan adunan dengan adunan coklat tadi.Masukkan tepung dan garam.Gaul sebati.
4.Tuang dalam bekas ramekin yang dah di griskan.Griskan dengan mentega.
5.Masukkan dalam peti 5 minit then masukkan dalam oven 12min.Adunan takleh bakar lebih 15minit tau.
6.Keluarkan dan sejukkan sekejap.Then hidangkan!

Tips :
- Kesedapan kek bergantung pada coklat yang kita guna.
- Kalau takde bekas ramekin boleh guna bekas muffin.

Selamat mencuba! :)


OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo