About Entry Follow Dashboard

Rindu.
Friday, November 15, 2013 • 3:54 AM • 0 comments


Iman ini turun naik sifatnya,
Terkadang cerah seindah pelangi,
Terkadang mendung hingga datang ribut,
Hanya kembali kepadaNya jalan penyelesaian utama.

Bila Dia rindu,Dia uji,
Ujian yang mampu menghempap jiwa,
Ujian yang mampu buat aku terduduk,
Ujian yang membuat aku bersujud terlalu lama.

Ya Rabbi,
Mungkin aku terlalu leka,
Hingga aku alpa dengan fantasi dunia,
Sungguh indah caraMu menegurku,
Sungguh aku rindu pada diri yang dulu.

Bisakah jika aku mahu malam tidak berjumpa siang,
Aku mahu bersamaMu setiap pertiga malam,
Menangis dan mengadu dihadapanMu,
Sungguh ia amat mendamaikan jiwa.

Ya Rahim,
Aku rindu,
Rindu untuk berjumpa denganMu,
Rindu yang terlalu mendalam.


OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo