About Entry Follow Dashboard

Dia sentiasa ada.
Thursday, January 23, 2014 • 1:04 PM • 0 comments
Di saat aku merasa tiada sesiapa disisiku lagi, Dia hadir membawa harapan. Di saat aku merasa kecewa dengan dunia, Ayat cintaNya hadir menenangkan jiwa. Di saat aku melupakanNya dan terus berbuat dosa, Dia tetap bersabar dan masih tetap setia. Di saat aku berbangga dengan dunia jahilliah, Dia masih mahu menghantar hidayah. Di saat aku diulit dosa, Keaiban aku masih disembunyikan olehNya. Di saat aku meletakkan cintaNya yg terakhir, CintaNya padaku tidak pernah punya tarikh luput.
Sedangkan aku sering melupakaNya, Sedangkan aku sering menyakitiNya, Sedangkan aku sering menduakaNya, Sedangkan aku sering melakukan dosa di muka bumiNya.
Jika dosa ku ini dapat dilihat, Sudah pasti manusia menjauhi. Aku alpa akan dunia yang hanya indah sementara. Tuhan,hambaMu ini sungguh hina, Ampunilah aku,Ya Allah. Terima kasih Tuhan kerna sentiasa ada, Untuk aku dan mereka. Terimalah taubat, Terimalah istighfar.
Duhai manusia, Ayuh bangkit dan tinggalkan dunia jahilliah kita, Ayuh bangkit dan sulam semangat jihad di hati kita, Ayuh bangkit dan megoncangkan dunia!

p/s :teringat time f5 buat ni untuk majalah sekolah.tatau lew diterima ke idak.


OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo