About Entry Follow Dashboard

Terlalu leka.
Monday, January 20, 2014 • 7:16 AM • 0 comments
Ya Rabb,
Aku terlalu leka dengan dunia,
Terlalu banyak perkara lagha aku lakukan.

Bukan mudah untuk menjauh,
Bukan mudah untuk pergi,
Bukan mudah untuk menjaga hati.

Ya Rahman,
Bantu aku menjaga ikhtilat,
Bantu aku menjaga hati ini.

Bantu aku untuk redha dengan setiap ujianMu,
Bantu aku untuk terus tersenyum,
Bantu aku bila dibenci manusia.

Maafkan aku andai ada hati yang aku lukakan.
Maafkan aku andai aku sudah tiada nanti.
Maafkan aku.

Lupakan soal hati dahulu,
Mari ingat kematian selalu,

Ada yang perlu aku jaga,
Ada yang perlu aku utamakan dahulu.
Cinta Dia,
Ya,cinta Dia harus aku kejar dahulu.

Izinkan aku pergi,
Bukan lari tetapi untuk mencari diri kembali.









OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo