About Entry Follow Dashboard

Dunia vs akhirat.
Tuesday, March 4, 2014 • 9:52 PM • 0 comments
Assalamualaikum.Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah for everything.

Pernah tak fikir bila kali terakhir kita muhasabah diri?Bila kali terakhir kita mengingati Dia?Bila kali terakhir kita selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w?

Pernah?

Atau,
Kita hanya sibuk memikir kan tentang hal dunia sahaja.Sibuk ikut perkembangan artis sampai lupa ingat Dia,sibuk kejar harta dunia sahaja,sibuk update facebook/twitter 24jam,sibuk dengar lagu-lagu lagha.Tepuk dada,tanya iman.

Bila ditimpa musibah,menangis air mata darah kenapa Allah biarkan aku diuji begini?Kenapa Allah beri ujian yang sangat berat?Kenapa?Tanya diri kita balik,bila Allah bagi nikmat,jarang kita nak ingat dia tapi bila diuji baru kembali pada Dia bukan?Jadi apa hak kita nak mempersoalkan kenapa Allah uji dengan dugaan yang berat?

Allah rindu nak dengar rintihan kita,jadi dia uji kita dan Dia tidak akan memberikan ujian melebihi kemampuan kita.Fikirlah fikir.Sampai bila nak leka dengan dunia?Ayuh perbaiki diri,usah takut dengan mulut manusia,biarkan mereka mengata.Kita berubah kerana Allah bukan kerana manusia.

Berubah untuk mendapatkan redha Allah.Bila kita buat sesuatu kerana Allah,insyaAllah semua urusan akan dipermudahkan.

Pejamkan mata sebentar,fikir berapa banyak nikmat yang Allah sudah berikan pada kita.Muhasabah diri bersama.Kejam nya kita ni,sanggup melupakan Dia hanya kerana dunia yang sementara je.Allah Allah.

Bersyukurlah.

 Firman Allah “Dan jika kamu MENGHITUNG HITUNG NIKMAT Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan JUMLAHNYA Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.(QS. An-Nahl:18)


OLDER POSTNEWER POST
Inni akhafullah
AddinLatif

Mendoakan yang terbaik,sentiasa.

Shout!
Nice to know you!

Big Clap!
Thank You
Template : Masterly Elmo