Mentafsir.
Thursday, October 1, 2015 • 4:02 AM • 0 comments
Manusia itu kita 'tak dapat' tafsir.
Manusia ini diam, kita tafsir dia sombong. Padahal dalam diamnya mungkin ada bicara pada Tuhan.
Manusia itu bising, kita tafsir dia nak perhatian. Padahal dalam bisingnya mungkin ada bicara yang 'mengangkat' nama Tuhan-Nya.
Manusia itu hilang, kita tafsir dia lupa kawan. Padahal dalam hilangnya dia mungkin ingin cari kekuatan pada Tuhan.
Manusia itu asyik menyanyi, kita tafsir dia syok sendiri. Padahal dalam nyanyian nya itu tersirat 'rasa' yang nak dibina semula keTuhanan-Nya.
Manusia itu menulis bermadah, kita tafsir dia je betul. Padahal dalam tulisannya itu kita sendiri 'salah' cara membetulkannya.
Manusia itu melukis, kita tafsir dia takda kerja lain. Padahal dalam lukisannya itu ada memori tersendiri yang hendak buat dia dekat pada Tuhan.
Manusia itu makan sendiri dalam kuantiti yang banyak. Kita tafsir dia ni tamak haloba, padahal baru kali itu dia dapat mengisi perutnya setelah menahan lapar sekian lama.
Manusia itu cantik/kacak, kita tafsir dia ni mesti bedah, dia ni mesti pakai jampi-jampi, dia ni mesti pakai susuk, dia ni mesti pakai ubat haram. Padahal cantiknya mereka kerana bijak menjaga kesihatan luaran dan dalaman.
Manusia itu banyak anak, kita tafsir uish dia ni. Ganas bak hang. Nafsu apa tah. Padahal dalam banyaknya anak-anak itu lahir dari rahim seorang isteri yang 'nak redha' suami. Yang lahirkan anak soleh solehah.
Manusia itu selalu travel, kita tafsir, dia tu anak orang kaya, apa nak hairan. Dia tu begini begini, padahal dalam rantauannya dia, wang yang digunakan adalah hasil dakwah atau hasil kerja agama atau hasil kejayaan personal.
Lalu kau siapa ?
Bebas untuk 'mentafsir' segala benda ? Apa kau tukang tafsir paling Gah ? Ahh. .
Bebas untuk 'mentafsir' segala benda ? Apa kau tukang tafsir paling Gah ? Ahh. .
Kalau begitu lebih baik kau saja jadi 'Tuhan'.
My dear brother and sister,
Tidak ada manusia yang nak tegakkan benang yang basah andai bukan kau sendiri tegakkan 'benang kau'.
Tidak ada manusia yang nak tegakkan benang yang basah andai bukan kau sendiri tegakkan 'benang kau'.
Sia-sia bukan ?
Saya kiaskan lagi,
Andai satu tulisan tidak disebut nama Tuhan. Apa itu bermakna si penulis 'lupa' Tuhan ?
Andai satu tulisan tidak disebut nama Tuhan. Apa itu bermakna si penulis 'lupa' Tuhan ?
Andai satu tulisan yang disebut hanya cinta. Apa itu bermakna si penulis 'gila' duniawi ?
Semoga Allah melindungi kita daripada (bersikap sinis) sesama kita. Risau, mereka yang kau tafsir dengan (sinis) tahap dewa pangkat 8 gunung berapi keturunan mak jemah adalah orang yang paling tinggi darjat di sisi Allah.
Again,
Sama-sama lah mengambil iktibar. Kita ada benang yang sama. Iaitu benang yang basah. Apa dia ?
Sama-sama lah mengambil iktibar. Kita ada benang yang sama. Iaitu benang yang basah. Apa dia ?
Ego.
Tipu manusia yang terlepas dari ego. Risau saja andai kau kata si fulan begini begini, si fulanah begitu begitu tapi kau ?
Ingat. 1 jari kau tunjuk pada orang. 4 jari tunjuk pada kau.
Kita bukan 'sampah'
Kita adalah 'ummah'
Kita adalah 'ummah'
Yang sangat tenat.
Risau dalam sibuk 'membaiki'
Niat membaiki sudah ke laut.
Niat membaiki sudah ke laut.
Aku cakap aku.